Saturday, 24 December 2011

Merawat Dan Komunikasi

Di antara dialog dan komunikasi dengan makhluk halus yang merasuk pesakit
Telah jelas kepada kita, bahawa kerasukan itu adalah satu penyakit.Jadi bagaimanakah merawatnya?

Menurut ulama , semua jenis kerasukan itu dirawat.Mula-mula dengan mengenali  jenis rasukan menerusi percakapan atau dialog di antara perawat dengan pesakit.
Bagaimana pun sayugia diingatkan bahawa apa-apa yang akan di beritahukan oleh pesakit bukanlah sebenarnya datang daripada pesakit,melainkan ianya daripada makhluk perasuk melalui lidah si pesakit.Perhatikan contoh-contoh di bawah ini, yang merujuk kepada jenis rasukan serta bagaimana menanganinya.


1.      Jika mangsa seorang yang di minati oleh makhluk perasuk,katakan kepadanya :
“ jangan ganggu mangsa .Tinggalkan dia.Perbuatan menganggu oleh satu makhluk keatas makhluk lain adalah salah.Haram di sisi Allah.


2.      Jika gangguan itu berpuca daripada mangsa atau pesakit yakni dianggap mangsa atau pesakit menyakiti makhluk penganggu,maka katakan.
Itu bukanlah disengajakan. mangsa sesungguhnya tidak tahu menahu kerana tidak Nampak.Jadi sesuatu yang tidak disengajakan mestilah dimaafkan.”


3.      Jika gangguan berlaku dalam rumah mangsa atau pesakit, maka katakan:
” Ini rumah mangsa atau pesakit,rumah orang,bukan rumah penganggu.Penganggu tidak berhak berada di sini kerana tiada izin daripada mangsa atau pesakit.Lagipun di sini juga bukan layak bagi penganggu.Tempat menginap penganggu ialah di bangunan-bangunan buruk tanpa penghuni , dihutan-hutan belantara di gunung-gunung, di padang-padang pasir , ditempat-tempat najis dan sebagainya.


4.      Jika kemasukan penganggu itu satu kezaliman,yakni saja-saja ingin dan mahu menganggu, mengacau dan menyakiti mangsa atau pesakit, maka katakan :
” jangan buat zalim.Perbuatan zalim itu hukumnya haram,dimana akibatnya sangat buruk kepada pelakunya.Pelaku akan menerima hukuman daripada Allah.


No comments:

Post a Comment