Saturday, 24 December 2011

Merawat Dan Komunikasi

Di antara dialog dan komunikasi dengan makhluk halus yang merasuk pesakit
Telah jelas kepada kita, bahawa kerasukan itu adalah satu penyakit.Jadi bagaimanakah merawatnya?

Menurut ulama , semua jenis kerasukan itu dirawat.Mula-mula dengan mengenali  jenis rasukan menerusi percakapan atau dialog di antara perawat dengan pesakit.
Bagaimana pun sayugia diingatkan bahawa apa-apa yang akan di beritahukan oleh pesakit bukanlah sebenarnya datang daripada pesakit,melainkan ianya daripada makhluk perasuk melalui lidah si pesakit.Perhatikan contoh-contoh di bawah ini, yang merujuk kepada jenis rasukan serta bagaimana menanganinya.


1.      Jika mangsa seorang yang di minati oleh makhluk perasuk,katakan kepadanya :
“ jangan ganggu mangsa .Tinggalkan dia.Perbuatan menganggu oleh satu makhluk keatas makhluk lain adalah salah.Haram di sisi Allah.


2.      Jika gangguan itu berpuca daripada mangsa atau pesakit yakni dianggap mangsa atau pesakit menyakiti makhluk penganggu,maka katakan.
Itu bukanlah disengajakan. mangsa sesungguhnya tidak tahu menahu kerana tidak Nampak.Jadi sesuatu yang tidak disengajakan mestilah dimaafkan.”


3.      Jika gangguan berlaku dalam rumah mangsa atau pesakit, maka katakan:
” Ini rumah mangsa atau pesakit,rumah orang,bukan rumah penganggu.Penganggu tidak berhak berada di sini kerana tiada izin daripada mangsa atau pesakit.Lagipun di sini juga bukan layak bagi penganggu.Tempat menginap penganggu ialah di bangunan-bangunan buruk tanpa penghuni , dihutan-hutan belantara di gunung-gunung, di padang-padang pasir , ditempat-tempat najis dan sebagainya.


4.      Jika kemasukan penganggu itu satu kezaliman,yakni saja-saja ingin dan mahu menganggu, mengacau dan menyakiti mangsa atau pesakit, maka katakan :
” jangan buat zalim.Perbuatan zalim itu hukumnya haram,dimana akibatnya sangat buruk kepada pelakunya.Pelaku akan menerima hukuman daripada Allah.


Pengenalan Tentang Histeria dan Kerasukan

Baru-baru ini terjadi kegemparan di beberapa buah sekolah kita.Kegemparan tersebut berpunca daripada serangan ‘ histeria’..

Setahu saya kejadian seperti ini tidak sahaja terjadi kepada penuntut-penuntut sekolah , malah juga terjadi kepada orang lain yang bukan penuntut.Bahkan ramai sekali orang yang pernah mengalaminya.Di mana-mana sahaja.

Apakah ia hysteria itu..?? Adakah kamus mendifinasikannya sebagai penyakit urat saraf disebabkan oleh ketakutan atau kegembiraan yang melampau-lampau sehingga emosi tidak dapat di kawal.Ada pula kamus yang menyebutnya sebagai selap ; kerasukan.

Definasi yang kedua rasanya adalah lebih relevan dan menepati kerana jika hanya setakat emosi tidak dapat dikawal,orang yang mengalaminya – serba sedikit masih ada kesedaran ( consciousness ).Sedangkan hakikat sebenarnya, si pesakit langsung tidak sedar diri.Ingatannya mati dan tertutup sehingga orang yang paling hampir kepadanya sekalipun tidak di kenalinya.Ada pesakit yang memaki ibunya sendiri dan lain-lain keanehan.

Apakah ini? Histeriakah ini? Histeriakah namanya orang yang sampai hilang segala kesedaran ? Yang tidak mengenali langsung buruk baiknya ? Tidak kenal kawan rapat, guru,hatta ibubapa sendiri ? Adakah memadai kita labelkan ianya sebagi hysteria semata-mata.

Buat sementara sebelum memperolehi definasi atau istilah lebih rapat, maka tidaklah mengapa diterima istilah hysteria itu, tetapi saya juga cenferung menamakannya sebagi “gangguan” secara umum.Sebab kalau tertanggu urat saraf sahaja.ia baru sekadar menyebabkan emosi tidak dapat di kawal, sedangkan ini lebih daripada itu.Ia ternyata satu gangguan menyeluruh keatas fizikal dan mental pesakit sehingga kerananya sampai menyakiti dan hilang seluruh kesedaran.

Adakah ianya satu penyakit ?

Ya,memang wajar dikategorikan penyakit,kerana ia juga memerlukan rawatan.Cuma –lazimnya-rawatan perubatan biasa tidak atau kurang berkesan.Jarang atau tidak dapat menyembuhkannya,melainkan dengan perawataan lain yang khusus.

Penyakit ini tidak dapat dikesan dengan melalui ujian-ujian darah,air kencing,X-tray dan seumpamanya.Tetapi melaui satu cara rawatan khas ia dapat menentukan sebagai elemen gangguan yang membawa si pesakit kepada bertutur tidak menentu,suara berubah,ketawa ,menangis, melolong, kekuatan yang luar biasa, mata merah dan lain-lain.namun si pesakit sama sekali tidak memyedari yang dia adalah begitu.

Ah..apa ini?.... Doktor kata hysteria.Istilah saintifiknya hysteria?

Saya selain sering mendengar cerita ,juga pernah menyaksikan sendiri beberapa kejadian.Ianya adalah juga betul-betul luar biasa.Misalnya,daripada seorang gadis yang pemalau,pendiam dan lemah lembut, boleh bertukar menjadi galak dan kuat.Suara jadi garau-kasar , mata merah, melawan dan melawan dan garang,bahkan bersifat menyerang.Apabila disebut-sebut nama Allah ternya dia tidak suka bahkan marah.Apabila dibaca ayat-ayat tertentu , seperti ayat al-Qursi, dia meronta-meronta dan member maran.Manakala di baca terus tindak balasnya mungkin berbeza-beza.

Kadang-kadang melawan, kadang-kadang meraung,kadang-kadang berteriak kesakitan : “ sakit..!! Sakit !! “ atau minta di kasihani: “jangan ! Jangan ! Jangan ! Panas ! panas ! dan sebagainya.
Apakah ini Histeria ? Wallahu a’lam , kejadian ini ketika saya berhijrah dan melawat teman saya di Bandar Baru Ampang , beberapa tahun yang lalu.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Ertinya: “ orang-orang yang memakan riba itu, mereka tidak dapat berdiri betul melainkan seperti orang yang di rasuk syaitan, terhoyong-hayang kerana sentuhan ( syaitan ) itu…( ertiya di rasuk oleh makhluk halus dari kalangan Jin da syaitan )

Inilah satu ayat dalam Al-Quran yang memberitu kita tentang makhluk halus Jin dan Syaitan merasuk ke dalam tubuh manusia, yakni kerasukan adalah benar dan boleh berlaku.
Menurut ulama , ada 4 jenis sentuhan atau kerasukan Jin iaitu:
1.    Sentuhan atau kerasukan kepada seluruh jasad

2.    Sentuhan atau kerasukan kerpada sebahagian sahaja daripada anggota tubuh badan seperti tangan kaki atai lidah dan lain-lain

3.    Sentuhan atau kerasukan yang brerpanjangan yakni berada dalam tubuh badan pada tempoh berterusan dan Sentuhan atau kerasukan Cuma sekejap sahaja

Sebab itulah kita akan mendapat atau melihat bermacam-macam keadaan orang yang mengalami kerasukan itu.Ada yang Nampak betul-betul teruk  dan ada pula yang ringan sahaja.
Orang bertanya : “ Apakah sebb-sebb yang membawa kerpada berlakunya kerasukan?’

Sebab-sebab Kerasukan


1.    Terdapat banyak sebab menurut ulama , sebagaimana Al-Allamah Ibnu Taimiyyah menyebutkan antara lain kerana marah atau balas dendam makhluk halus itu kepada bani Adam.Misalnya kita dia anggap oleh makhluk itu sebagai penyakit mereka.atau mereka menyangka yang kita manusia ini memang sengaja hendak menyakiti mereka seperti apabila mereka terkena air kencing kita , kerana kita kencing di mana-mana dan kebetulan mereka itu ada di situ.Atau kita mencurah air panas dan mereka terkena dan lain-lain lagi.Semua ini boleh membawa kemarahan dan dendam mereka itu terhadap kita.


2.    Atau boleh juga berlaku makhluk itu menyukai seseorang di kalangan kita , yang lelaki menyukai perempuan kita,atau sebaliknya , mereka itu perempuan menyukai lelaki kita atau menyukai sesame jantina dengan kita.


3.    Ini dapat diperhatikan dari keadaan orang-orang yang di rasuk itu.ada atau tidak di mana mereka pernah di rasuk sampai berulang kali? Bulan ini misalnya dia di rasuk..di rawat..sembuh tetapi hari ini selepas itu atau pada bulan lain, dia kena lagi.Ada atau tidak orang-orang seperti ini? Ya ..ada , malah lumrah berlaku.Mengapa ini berlaku ?..Wallahu a’alam….Tetapi dari segi logiknya,ia harus berlaku kerana si polan itu menjadi Favourite kepada sang makhluk sehingga kerananya ia datang dan merasuk sampai berulang-ulang kali.


Perkara ini tidak wajar dibiarkan.Ianya mesti diatasi atau di cari jalan bagaimana mengelakkannya daripada berulang-ulang kejadian ini berlaku..
Insya Allah perkara ini akan di sentuhan lagi kemudian di dalam keluaran akan datang di dalam blog ini.